ISBN: 978-967-26602-9-3
Bil. mukasurat: 396
Tahun terbitan: 2022
Jenis Kertas: Bulky 70gsm
***
Mereka ‘terpaksa’ kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?
Menurut Dhiya, Azril tu:
Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif bagi bakal arkitek itu! Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.
Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!
II
Namun takdir telah menemukan mereka lagi; kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi ‘masalah’ kepada Dhiya. Lalu apa pula langkah seterusnya, Dhiya?
Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu, apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!
***
SYUD ada gaya yang tersendiri apabila bercerita Tentang... Dhiya. Watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan pembaca. Cerita ini, cetakan biru (blueprint) kepada karya-karya SYUD seterusnya.
– Noor Suraya, Editor
Caj pengeposan ke Sabah dan Sarawak menerusi pembelian di website kami akan dinaikkan dari RM13 (asal) kepada RM15 (baharu) berkuatkuasa 13 Januari 2024.
Untuk makluman, perubahan ini adalah disebabkan kenaikan caj yang dikenakan oleh pihak kurier.